Message: 1. Setiap hari Jumaat, pack segala
barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik
kampung. Selepas sejam, balik ke bilik &
terangkan bhw takde org kat rumah. unpack
segala brg ko & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate ko balik, jerit
sekuat hati" horee…ko dah balik". lepas tu menari
dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan
tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah
skrg"
3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 "
Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling
bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo
dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat
lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil
berkata "Dah merebak- dah merebak"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor
dengan pokok tu setiap hari. Selepas
seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan
cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau
lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu
bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan
pasu kat situ.
6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam
tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu
cakap, "Siot betul, kalah lagi"
7. Setiap kali roommate ko balik, tutup
lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan
menjerit dgn kuat "Horee…". bukak lampu semula.
8. pakai topi kertas. Bila dia balik,
cakap "Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat
muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya…"
9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting
untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3
jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu
pengsan balik.
10.Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam.
Kalau boleh, bawa member2 sekali sambi makan
kacang & popcorn. Buat macam ko tengah
tengok wayang.
lapan hari berturut turut korang pasti dpt roomate baru


